Manusia semakin buta menilai sebuah pahala. Mereka tidak mampu mengerti manfaat pahala. Biasanya ucapan pahala dan dosa bagaikan permainan dan jenaka semata-mata. Ramai orang tahu cara mencari duit dan sumber-sumbernya.
Antara sumber pahala yang terbesar kepada manusia ialah hubungan baik antara anak dan ibu bapa mereka. Realitinya, ramai orang melarikan diri daripada berkhidmat untuk ibu bapa. Ramai anak-anak yang tidak mahu menyusahkan diri dengan berkhidmat untuk ibu bapa, sedangkan itulah sumber utama untuk mendapatkan bonus di akhirat.
Mereka ialah orang yang melarikan diri daripada tanggungjawab dan meninggalkan ayah atau ibu mereka pada saat mereka memerlukan perhatian.
Mereka fikir ia cuma perkara picisan. Sebenarnya mereka tidak hanya meninggalkan orang tua mereka,tetapi mereka telah menjauhi syurga Allah. Memang terbukti bahawa kisah seperti ini banyak sekali terjadi.
KISAH SEORANG DATUK
Saudaraku,cuba kita renungi kisah yang diceritakan oleh seorang doktor. Ceritanya tentang seorang datuk yang berusia 96 tahun.
Doktor telah memberikan pengesahan untuk si datuk itu dibawa keluar dari hospital sebaik selesai menjalani rawatan rapi. Akan tetapi setelah tiga hari berlalu,tiada seorang pun anak yang datang menjemputnya.
Ini kerana anak-anak mereka tidak ingin membawanya pulang ke rumah mereka. Mereka memberi alasan bahawa pada minggu pertama setelah keluar hospital, pastilah datuk memerlukan perhatian khusus. Maka ini akan menyusahkan mereka. Di samping itu, ramai orang akan menziarahinya. Hal itu akan menambah beban mereka. Itulah yang disampaikanoleh salah seorang anak daripada orang tua tersebut kepada doktor.
Seorang anak yang lain pula memberitahu: " Saya tidak mahu membawa keluar ayah abang dari hosital. Nanti ramai orang akan datang ke sini. Sepanjang masa itu, ayah abang pasti memerlukan perhatian khusus. Mintalah adik-beradik abang yang lain untuk menjemputnya atau mengambilnya di hospital."
Subhanallah ! Mereka lupa bahawa menjaga ibu bapa sangatlah besar ! Kesusahan itulah sebenarnya yang akan ditukar oleh Allah dengan syurga.
KISAH SEORANG NENEK
Saudaraku, ada seorang wanita berusia 80 tahun yang menjalani pembedahan penyambungan pembuluh darah ( coronary bypass ) tanpa ditemani oleh sesiapa pun.
"Puan ada anak ?" doktor bertanya kepadanya.
"Ya,saya mempunyai empat orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan."
Kemudian doktor mengarahkan jururawat agar meminta salah seorang daripada mereka supaya menemani ibunya di dalam wad. Sudah empat hari perempuan itu berada di hospital, tiada seorang pun daripada kerabatnya menjenguk atau menemaninya.
Sendirian dan kesepian.
Kemudian pada suatu hari, doktor datang untung memeriksa perempuan tersebut. Kebetulan salah seorang anaknya turut menziarahi. Si doktor bersungguh-sungguh memohon agar ada seseorang yang boleh menemani ibunya.
Tahukah anada siapa yang akhirnya menemani nenek itu ? Bukan anak perempuannya. Lagikan pula menantu perempuan mahupun cucu perempuannya ? Ternyata orang yang menemaninya ialah bibik ( pembantu rumah ) si anaknya.
Bibik Filipina itu pula masih baru dan tidak tahu berbahasa Melayu. Jadi bagaimana si ibu hendak meminta bantuan daripadanya ?
Adakah dengan cara begitu si anak berasa telah menunaikan kewajipan berbakti kepada ibu bapa ?
MELEPASKAN PELUANG KE SYURGA
Saudaraku, ramai orang yang tidak kenal erti berbudi dan berbakti kepada ibu bapa. Ramai yang acuh tak acuh dengan keperluan dan kehendak ibu bapa. Akhirnya, mereka sendiri melepaskan tanggungjawab besar yang telah diamanahkan oleh Allah. Mereka berpendapat, biarlah ibu bapa mereka hidup sendiri.
Kenpa jadi begini ? Kenapa ? Sebabnya mereka tidak melihat kesusahan itu akan mendapat balasan pahala. Mereka tidak mengerti bahawa berbakti kepada ibu bapa membawa hasil lumayan di akhirat. Apabila mereka meninggalkan ibu bapa, itulah saatnya mereka melepaskan syurga dari tangan mereka.
Kisah-kisah orang melepaskan peluang ke syurga dengan menderhakai orang tuanya sangatlah banyak. Mungkin saudara akan mendapati kebanyakan orang tua yang sedang terbaring di hospital itu hanya ditemani oleh pembantu rumah atau pemandunya, bukannya anak kandung mereka sendiri pun.
Semoga Allah melindungi kita daripada musibah sebegini. Saudaraku, ingatlah bahawa dosa menderhakai ibu bapa akan diterima sebelum mati. Jika kita tidak cuba berbakti kepada ibu bapa, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa kita sebenarnya sedang menempah satu lubang di neraka Allah s.w.t.
Dipetik dari A. Ubaidillah bin Alias
No comments:
Post a Comment