Sunday, 14 December 2014

Enter dua kali

Assalamualaikum geng . 
Haha aku nak bagi tau sikit . Kalau hampa bukak blog aku , sapa yg bukak guna google chrome lah yg difokuskan . Hah kat tepi belah kiri blog aku tu first x dapat bukak so aku mohon hampa enter sekali lagi link blog aku tuh untuk hampa dapat tengok blog aku nih dengan sempurna . Kalau tak mau pon x pa . Aku tak paksa . Tapi mesty rasa lain jeh sebab icon tu x dapat nak tengok ye dok ? Haa . So jangan lupa enter dua kali yaa . Chooww k baiii =D

Sunday, 2 November 2014

Dear Bestie

Assalamualaikum . Hai 

Dear my bestie Izzah Rafiqah . Aku heppy gila ada kawan macam hg . Kita gelak sama sama . Bila ada masalah kita kongsi . Gurau sama sama . Tapi kadang kadang tuh ada la jugak terasa . Tapi , normal lah kan ? Hg terasa ngan aku . Aku terasa ngan hg . Hahaha . Aku harap kita dapat kekalkan persahabatan ni sampai bila bila . Aku nak walau apa pon yg terjadi hg tetap ingat kat aku , aku ingat kat hg . Kalau hg ada tak puas hati ngan aku juz face to face ngan aku n kita slowtalk elok elok . Kalau aku ada buad perkara yg tak sepatutnya , aku nak hg dapat tegur aku dan tunjukkan kat aku jalan yg sepatutnya . If aku ada buad salah kat hg , aku minta maaf ok ? Lastly . . .

" Can you be my Best Friend Forever Untill Jannah ? " 


Me - Tudung hijau . She - Tudung purple 

Friday, 17 October 2014

Me and My Friends

Assalamualaikum guys . Hari ni aku nak kongsi gambar aku dengan kawan kawan aku time jamuan hari raya kat sekolah .Hehe . Gambar ni dah lama tapi aku baru nak upload . Hapelah --" . Haha nevermind . Ak nak upload jugak . ^^







Hah tudiaaa . macam mcam ada . Hahaha . Happy with them . Zahra - Balqis - Eyzah - Nina - Syasya - Atira - Ain - Jannah - Izzah - Farah .

Friday, 21 March 2014

Fenomena Lemah Iman

" Aku rasa hatiku keras. Aku tidak pernah mendapat kenikmatan dalam beribadah. Aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang. Aku tidak terpengaruh ( terkesan ) oleh bacaan al-Quran,dan mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kederhakaan ? "

Ramai yang mungkin mengungkapkan ucapan sebegini. Ketahuilah ia termasuk fenomena lemah iman yang sudah tersebar luas di kalangan orang Islam.
Penyakit lemah iman itu mempunyai tanda-tandanya. Antaranya : 

Melakukan Kederhakaan dan Amalan Berdosa

Di kalangan orang-orang yang derhaka ada yang melakukan satu amalan kederhakaan secara terus-menerus dan ada pula yang melakukan pelbagai kederhakaan itu.
Akhirnya, pelakunya berani menderhaka secara terang-terangan, sehingga dia termasuk ke dalam golongan yang disebutkan di dalam hadis :
" Setiap umatku mendapat perlindungan afiat kecuali orang-orang yang terang-terangan. Dan, sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, kemudian dia berada pada pagi hari, pada hal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, ' Hai fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begini ', padahal Rabnya telah menutupinya, namun kemudian dia menyelak sendiri apa yang telah ditutupi Allah pada dirinya. " ( Riwayat Bukhari )

Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan dalam hati

Kerana adanya perasaan keras dan kaku, menjadikan seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi oleh sesuatu apa pun. 
Allah berfirman : " Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebuh keras lagi. " ( Al-Baqarah : 74 )
Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian. Tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan meletakkannya di liang kubur, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah seperti langkah-langkah kakinya dia antara longgokan-longgokan batu.

Tidak tekun dan hilang khusyuk dalam beribadah

Antara tanda lemah iman ialah tidak khusyuk dan hilang tumpuan semasa solat, membaca al-Quran, berdoa dan lain-lain. Tidak menyemak dan memikirkan makna-makna doa, sehingga ia membacanya hanya sekadar rutin yang membosankan. Boleh jadi, oleh kerana doa yang dibacanya hanya terbatas kepada doa-doa tertentu sahaja, maka ia tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya.
Padahal Allah s.w.t tidak menerima doa yang dibaca, sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis : " Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main. " ( At-Tarmizi )

Malas melakukan amal taat dan meremehkan ibadah 

Orng yang lemah iman, kalaupun melakukan ibadah, maka dia lakukan sekadar aktiviti kosong tanpa roh. Allah s.w.t telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya : " Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. " ( An-Nisaa : 142 )
Termasuk juga dalam kelompok ini, mereka yang meremehkan ibadah, bersikap tidak memperdulikan tanda-tanda kebaikan dan waktu-waktu yang tepat untuk beribadah. Pada masa yang sama tidak ghairah untuk mendapatkan pahala daripada Allah s.w.t.
Contohnya menunda-nunda pelaksanan haji padahal ia mampu, mndur daripada medan peperangan dan hanya duduk di rumah dan menangguh-nangguh ikut solat berjemaah.
Orang yang lemah iman sebegini, perasaanya sama sekali tidak tersentuh jika ia tertidur hingga meninggalkan solat wajib. Ia juga tidak berhasrat untuk menqada atau menggantikan apa yang ketinggalan itu.
Gambaran ini bertentangan dengan orang-orang yang disifati Allah s.w.t di dalam firman-Nya : " Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam ( mengerjakan ) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan, mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami. " ( An-Anbiya : 90 )
Bermacam-macam lagi tanda kemalasan seperti malas dalam melaksankan ibadah-ibadah rawatib, solat malam, solat duha, solat-solat nafilah dan melengah-lengahkan usaha datang ke masjid. Hatinya sama sekali tidak terketuk untuk melakukan semua itu.

Dada terasa sesak dan terbelenggu

Orang yang lemah iman akan merasakan seolah-olah wujud beban yang berat menghimpitnya. Ia cepat menjadi resah dan gelisah kerana suatu masalah yang remeh dan jauh daripada merasai lapang dalam hatinya.
Rasulullah s.a.w telah mensifati iman sebagai berikut : " Iman itu ialah kesabaran dan kelapangan hati. " ( As-Silsilah As-Sahihah )

Hati tidak tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran

Hati yang lemah tidak akan tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pengisahan kiamat dan lain-lain di dalam al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi al-Quran. Ia tidak berusaha untuk membuka dirinya agar berhubung secara langsung dengan al-Quran. Sekiranya ia membuka mushaf, isi kandungannya tidak diperhatikan dan tidak diberikan perhatian.

Lalai daripada mengingati Allah s.w.t sewaktu berzikir dan berdoa

Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berat baginya. Jika ia mengangkat tangannya untuk berdoa, maka secepat itu pula ia menelangkupkan tangannya dan menamatkan doanya.
Allah s.w.t telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya : " Dan, mereka tidak menyebut Allah lecuali hanya sedikit sekali. " ( An-Nisaa' : 142 )

Tidak berasa tergugat dengan tanggungjawab untuk beramal demi kepentingan Islam

Orang yang lemah iman tidak mahuberusaha untuk menyebarkan Islam dan menolongnya. Keadan ini sangat jauh berbeza dengan para sahabat Nabi s.a.w.
Seorang pemuda, Ibnu Amr r.a, terus berganjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja beliau masuk Islam. Namun majoriti orang Islam zaman ini hanya suka duduk senang dan tidak memiliki rasa tanggungjawab untuk melakukan dakwah meski pun sudah sekian lama menjadi Muslim. 

Dipetik dari Prof. Madya Azizan Ahmad .

Wednesday, 19 March 2014

Apa Guna Kawan

Apa guna kawan
Jika hanya mahu berlawan
Tak ap jika tentang pelajaran
Ini mesti pasal JANTAN
Cemburu buta tak keruan
Hingga sanggup putus kawan ... 

Apa guna kawan
Kalau kawan makan kawan
Melenting macam kena sawan
Sanggup keluar semua cacian
Hingga lupa aku punya pengorbanan ...

Apa guna kawan 
Jika ramai suka buat tuduhan
Dan bertepuk tangan
Dulu pernah berkawan
Tapi sekarang dah jadi haiwan
Sebab kita dah dipersendakan ...

Cuba kau renungkan
Betul ke apa yang kau lakukan
Jangan kau menyesal kemudian
Kerana tiada kemaafan kemudian
Kerana tiada kemaafan aku hulurkan ...

Aku rasa kawan
Tak perlu ada persahabatan
Jika tak tahu buat penilaian
Baik kau duduk dalam hutan
Berkawan dengan haiwan
Tak usah berkawan
Senangkan ? 

Gagal Menilai Sebuah Pahala

Manusia semakin buta menilai sebuah pahala. Mereka tidak mampu mengerti manfaat pahala. Biasanya ucapan pahala dan dosa bagaikan permainan dan jenaka semata-mata. Ramai orang tahu cara mencari duit dan sumber-sumbernya. 
Antara sumber pahala yang terbesar kepada manusia ialah hubungan baik antara anak dan ibu bapa mereka. Realitinya, ramai orang melarikan diri daripada berkhidmat untuk ibu bapa. Ramai anak-anak yang tidak mahu menyusahkan diri dengan berkhidmat untuk ibu bapa, sedangkan itulah sumber utama untuk mendapatkan bonus di akhirat.
Mereka ialah orang yang melarikan diri daripada tanggungjawab dan meninggalkan ayah atau ibu mereka pada saat mereka memerlukan perhatian.
Mereka fikir ia cuma perkara picisan. Sebenarnya mereka tidak hanya meninggalkan orang tua mereka,tetapi mereka telah menjauhi syurga Allah. Memang terbukti bahawa kisah seperti ini banyak sekali terjadi.

KISAH SEORANG DATUK

Saudaraku,cuba kita renungi kisah yang diceritakan oleh seorang doktor. Ceritanya tentang seorang datuk yang berusia 96 tahun.
Doktor telah memberikan pengesahan untuk si datuk itu dibawa keluar dari hospital sebaik selesai menjalani rawatan rapi. Akan tetapi setelah tiga hari berlalu,tiada seorang pun anak yang datang menjemputnya.
Ini kerana anak-anak mereka tidak ingin membawanya pulang ke rumah mereka. Mereka memberi alasan bahawa pada minggu pertama setelah keluar hospital, pastilah datuk memerlukan perhatian khusus. Maka ini akan menyusahkan mereka. Di samping itu, ramai orang akan menziarahinya. Hal itu akan menambah beban mereka. Itulah yang disampaikanoleh salah seorang anak daripada orang tua tersebut kepada doktor.
Seorang anak yang lain pula memberitahu: " Saya tidak mahu membawa keluar ayah abang dari hosital. Nanti ramai orang akan datang ke sini. Sepanjang masa itu, ayah abang pasti memerlukan perhatian khusus. Mintalah adik-beradik abang yang lain untuk menjemputnya atau mengambilnya di hospital."
Subhanallah ! Mereka lupa bahawa menjaga ibu bapa sangatlah besar ! Kesusahan itulah sebenarnya yang akan ditukar oleh Allah dengan syurga.

KISAH SEORANG NENEK 

Saudaraku, ada seorang wanita berusia 80 tahun yang menjalani pembedahan penyambungan pembuluh darah ( coronary bypass ) tanpa ditemani oleh sesiapa pun.
"Puan ada anak ?" doktor bertanya kepadanya.
"Ya,saya mempunyai empat orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan."
Kemudian doktor mengarahkan jururawat agar meminta salah seorang daripada mereka supaya menemani ibunya di dalam wad. Sudah empat hari perempuan itu berada di hospital, tiada seorang pun daripada kerabatnya menjenguk atau menemaninya.
Sendirian dan kesepian.
Kemudian pada suatu hari, doktor datang untung memeriksa perempuan tersebut. Kebetulan salah seorang anaknya turut menziarahi. Si doktor bersungguh-sungguh memohon agar ada seseorang yang boleh menemani ibunya.
Tahukah anada siapa yang akhirnya menemani nenek itu ? Bukan anak perempuannya. Lagikan pula menantu perempuan mahupun cucu perempuannya ? Ternyata orang yang menemaninya ialah bibik ( pembantu rumah ) si anaknya.
Bibik Filipina itu pula masih baru dan tidak tahu berbahasa Melayu. Jadi bagaimana si ibu hendak meminta bantuan daripadanya ?
Adakah dengan cara begitu si anak berasa telah menunaikan kewajipan berbakti kepada ibu bapa ?

MELEPASKAN PELUANG KE SYURGA

Saudaraku, ramai orang yang tidak kenal erti berbudi dan berbakti kepada ibu bapa. Ramai yang acuh tak acuh dengan keperluan dan kehendak ibu bapa. Akhirnya, mereka sendiri melepaskan tanggungjawab besar yang telah diamanahkan oleh Allah. Mereka berpendapat, biarlah ibu bapa mereka hidup sendiri.
Kenpa jadi begini ? Kenapa ? Sebabnya mereka tidak melihat kesusahan itu akan mendapat balasan pahala. Mereka tidak mengerti bahawa berbakti kepada ibu bapa membawa hasil lumayan di akhirat. Apabila mereka meninggalkan ibu bapa, itulah saatnya mereka melepaskan syurga dari tangan mereka.
Kisah-kisah orang melepaskan peluang ke syurga dengan menderhakai orang tuanya sangatlah banyak. Mungkin saudara akan mendapati kebanyakan orang tua yang sedang terbaring di hospital itu hanya ditemani oleh pembantu rumah atau pemandunya, bukannya anak kandung mereka sendiri pun.
Semoga Allah melindungi kita daripada musibah sebegini. Saudaraku, ingatlah bahawa dosa menderhakai ibu bapa akan diterima sebelum mati. Jika kita tidak cuba berbakti kepada ibu bapa, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa kita sebenarnya sedang menempah satu lubang di neraka Allah s.w.t.

Dipetik dari A. Ubaidillah bin Alias